Sunday, August 15, 2010

Insyirah - Episod 2


Alhamdulillah, 3 Ramadhan 1431 hijrah lalu Insyirah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 5. Syukur ke hadrat illahi, dia membesar dengan sempurna, sihat dan aktif. Keletah tak boleh nak kata lah... membebel, menyanyi (selalunya lagu jepun laa..... sebab terlalu sangat tengok karton jepun agaknya.. heee..) antara favorite dia Detektif Conan, Hagemaru, apa lagi ya, Ultraman semestilah... hehe..., dan sesekali tuh dalam leka bermain, dia berzikir dan kekadang tuh membaca ayat-ayat lazim yang dihafalnya di sekolah tadika... Pada awal tahun ini aku telah menghantarnya ke sekolah tadika tahfiz, alhamdulillah adalah nampak kesan yang baik dalam dirinya... insyaallah Allah sentiasa melindunginya dunia dan akhirat... Amin.

Friday, August 13, 2010

Insyirah - Episod 1


Marhaban Ya Ramadhan ....

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang masih memanjangkan usia ku dan memberi kesempatan kepada ku untuk melaksanakan Rukum Islam ke 3 pada tahun ini. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga aku akan sentiasa di dalam pelukan kasih sayangNya.

3 Ramadhan hari ini, mengingatkan aku kepada 3 Ramadhan 5 tahun yang lalu. Saat yang paling menggetarkan bagi ku yang akan bergelar ibu buat pertama kalinya. Kebetulannya hari 3 Ramadhan pada tahun ini adalah sama dengan 3 Ramadhan 5 tahun lalu iaitu Hari Jumaat.

Jumaat, 7 Oktober 2005 (3 Ramadhan 1425 Masihi)
Saat bersejarah bagi ku melahirkan seorang insan ke dunia ini pada hari ini. ALLAHUAKBAR! NABILAH INSYIRAH telah dilahirkan pada jam 5,20 petang melalui kaedah caesarean.

Saat Kelahiran
Sesuatu yang tidak dijangkakan, hanya Allah yang Maha Mengetahui jalan cerita hidupku. Pada usia perkahwinan ku 8 bulan 3 hari, aku telah dikurniakan oleh Allah swt seorang puteri yang dilahirkan dalam keadaan terlalu kecil saiz tubuhnya dengan beratnya 1 kg sahaja. Namun, alhamdulillah sifatnya cukup dan kami berdua selamat.

Sememangnya manusia hanya merancang, namun Allah jua yang menentukan. Setelah hampir 3 minggu admitted akibat tekanan darah tinggi, sepatutnya aku akan dipaksa melahirkan anak ku ini pada hari Isnin 10/10/2005, namun tiba-tiba condition anak ku agak tidak aktif pada pagi Jumaat ini. Ketika itu kandungan ku baru meniti 33 minggu (7 bulan). Maka bagi menyelamatkan nyawa bayi ku, doktor mengambil keputusan untuk mengeluarkannya hari ini juga. Doktor menerangkan akan meng'induce'kan ku pada jam 3 petang, dan sekiranya tiada sebarang contraction berlaku, aku akan ditolak masuk ke dalam bilik operation 1 jam kemudiannya. Itulah yang diterangkan oleh Doktor pakar, Dr Hamidah kepada ku pada pagi Jumaat ini. Mereka bimbang sekiranya terlalu lambat, bayi ku mungkin tidak dapat bertahan lagi.

ALLAHUAKBAR! Terkedu aku bila mendengar kata-kata doktor tersebut. Kebetulannya Doktor Anita juga ada pada ketika itu. Beliau sempat tersenyum dan mengingatkan aku untuk membeli barangan bayi. Ya Allah! sesungguhnya satu benda pun tidak kami sediakan lagi bagi menyambut bayi ini. Selepas mereka beredar, aku segera menghubungi suami mengumumkan kepadanya aku harus bersalin pada petang Jumaat ini. Dia terkejut... agak tak tentu arah juga rasanya.. hehe.. aku juga memintanya memberi barangan bayi apa yang perlu...

Pada pukul 3 petang, seperti yang dirancang aku telah diinduce. Sambil berbaring menunggu tindak balas ubat tersebut, suami ku datang dengan membawa barangan bayi yang dibelinya. Amboi! pandai juga dia membeli... 2 helai comel2 baju untuk bayinya, sarung tangan kaki, lotion... namun begitu jelas kelihatan kegusaran di wajahnya.

Jam 4 petang, memandangkan aku masih tidak merasa apa2 contraction, maka aku pun ditolak masuk ke bilik operation.. Allah ! takutnya aku hanya Allah yang tahu. Di bilik bedah, setelah BP ku diambil dan tekanan darahku agak stabil, aku telah disuntik dengan epidural di tulang belakangku.. Ya Allah! Sakitnya! beberapa kali jarum dicucuk di belakangku... ku peluk erat bantal untuk menahan sakit... nama Allah tidak lepas2 dari mulutku.

Apabila aku sudak tidak merasa apa2 dari pinggang hingga ke bawah.. operation pun dijalankan... Aku dapat merasa segala gegaran di perutku.. cuma rasa belahan pisau sahaja yang tidak dirasakan... emmmm... Tepat jam 5.20 pm, NABILAH INSYIRAH dikeluarkan dari rahim ku.. Aku terdengar tangisannya yang halus... setelah dibersihkan, dia di bawa kepadaku.. aku ucapkan ALLAHUAKBAR dan ku kucup dahinya yang kecil sebelum dia segera di bawa ke bilik ICU... Kecil sungguh bayi ku itu... hanya sebesar tapak tangan suami ku sahaja!... Namun begitu alhamdulillah semuanya selamat...

Syukur ke hadrat mu Ya Allah atas kurniaanMu... ALLAHUAKBAR...




Saturday, July 3, 2010

Rayuan Seorang Insan



Bismillahirahmanirrahim.....



Ya Allah....Maha Suci Engkau....


Engkaulah telah menciptakan aku, sedang aku ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut.

Engkaulah yang memberikan kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yang mudah.

Berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.

Engkaulah yang memberi petunjuk kepadaku kejalan-Mu dengan perantaraan seorang hamba.

Yang Engkau telah mengutusnya kepada segenap umat manusia sebagai lampu yang menerangi.

Yaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.

Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa.

Kemudian aku teringat dan aku bertaubat kepada-Mu dengan kehendak-Mu.

Dengan taubat yang sebenar-benarnya.

Disinilah aku berdiri di pintu-Mu Ya Allah, dengan menangis, menyesal,

Dan mohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.

Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon keutamaan-Mu adalah Agung.

Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku dipintu-Mu

Dengan kekecewaan dan kesedihan.

Masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang soleh yang sama mensucikan

Engkau seraya memuji kepada-Mu sepanjang waktu

Dan tetapkanlah pada kami kasih sayang dari sisi-Mu, maka kepada siapa selain Engkau

Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah.... Maha Suci Engkau....


Thursday, July 1, 2010

Thank you Allah...

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Dan,
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah swt.
Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Dan,
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada ALLAH agar dia akan terus menjadi milikmu...."

Sesungguhnya aku bersyukur pada anugerah illahi....

Tuesday, June 29, 2010

Suatu Permulaan


Salam,

Kekuatan perlu ada untuk memulakan langkah. Jari-jemari diketuk ke papankunci menari mengikut aliran idea yang entah kan bernas, entah kan tidak. Namun yang pasti suatu permulaan telah terlerai dari pelukan masa yang terpendam lama. "Insyirah Ku" akhirnya terlontar sudah di alam maya pada detik 11.19pm, 29 jun 2010 bersamaan 16 Rejab 1431H. Ke mana kah hala tuju "Insyirah Ku" ini masih lagi dalam pencariannya.. sama seperti pemiliknya yang terus mencari dan mengecapi keajaiban dunia ciptaan Illahi. Mengapa "Insyirah Ku"? Sebab, maksud disebaliknya begitu indah dan mendamaikan..."Insyirah - Kegembiraan dan Kebahagiaan Hati".. Itu lah juga nama bagi anugerah indah dari Ilahi, NABILAH INSYIRAH puteri kesayangan ku....

Wassalam.
29 June 2010