Friday, August 13, 2010

Insyirah - Episod 1


Marhaban Ya Ramadhan ....

Syukur alhamdulillah kepada Allah yang masih memanjangkan usia ku dan memberi kesempatan kepada ku untuk melaksanakan Rukum Islam ke 3 pada tahun ini. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga aku akan sentiasa di dalam pelukan kasih sayangNya.

3 Ramadhan hari ini, mengingatkan aku kepada 3 Ramadhan 5 tahun yang lalu. Saat yang paling menggetarkan bagi ku yang akan bergelar ibu buat pertama kalinya. Kebetulannya hari 3 Ramadhan pada tahun ini adalah sama dengan 3 Ramadhan 5 tahun lalu iaitu Hari Jumaat.

Jumaat, 7 Oktober 2005 (3 Ramadhan 1425 Masihi)
Saat bersejarah bagi ku melahirkan seorang insan ke dunia ini pada hari ini. ALLAHUAKBAR! NABILAH INSYIRAH telah dilahirkan pada jam 5,20 petang melalui kaedah caesarean.

Saat Kelahiran
Sesuatu yang tidak dijangkakan, hanya Allah yang Maha Mengetahui jalan cerita hidupku. Pada usia perkahwinan ku 8 bulan 3 hari, aku telah dikurniakan oleh Allah swt seorang puteri yang dilahirkan dalam keadaan terlalu kecil saiz tubuhnya dengan beratnya 1 kg sahaja. Namun, alhamdulillah sifatnya cukup dan kami berdua selamat.

Sememangnya manusia hanya merancang, namun Allah jua yang menentukan. Setelah hampir 3 minggu admitted akibat tekanan darah tinggi, sepatutnya aku akan dipaksa melahirkan anak ku ini pada hari Isnin 10/10/2005, namun tiba-tiba condition anak ku agak tidak aktif pada pagi Jumaat ini. Ketika itu kandungan ku baru meniti 33 minggu (7 bulan). Maka bagi menyelamatkan nyawa bayi ku, doktor mengambil keputusan untuk mengeluarkannya hari ini juga. Doktor menerangkan akan meng'induce'kan ku pada jam 3 petang, dan sekiranya tiada sebarang contraction berlaku, aku akan ditolak masuk ke dalam bilik operation 1 jam kemudiannya. Itulah yang diterangkan oleh Doktor pakar, Dr Hamidah kepada ku pada pagi Jumaat ini. Mereka bimbang sekiranya terlalu lambat, bayi ku mungkin tidak dapat bertahan lagi.

ALLAHUAKBAR! Terkedu aku bila mendengar kata-kata doktor tersebut. Kebetulannya Doktor Anita juga ada pada ketika itu. Beliau sempat tersenyum dan mengingatkan aku untuk membeli barangan bayi. Ya Allah! sesungguhnya satu benda pun tidak kami sediakan lagi bagi menyambut bayi ini. Selepas mereka beredar, aku segera menghubungi suami mengumumkan kepadanya aku harus bersalin pada petang Jumaat ini. Dia terkejut... agak tak tentu arah juga rasanya.. hehe.. aku juga memintanya memberi barangan bayi apa yang perlu...

Pada pukul 3 petang, seperti yang dirancang aku telah diinduce. Sambil berbaring menunggu tindak balas ubat tersebut, suami ku datang dengan membawa barangan bayi yang dibelinya. Amboi! pandai juga dia membeli... 2 helai comel2 baju untuk bayinya, sarung tangan kaki, lotion... namun begitu jelas kelihatan kegusaran di wajahnya.

Jam 4 petang, memandangkan aku masih tidak merasa apa2 contraction, maka aku pun ditolak masuk ke bilik operation.. Allah ! takutnya aku hanya Allah yang tahu. Di bilik bedah, setelah BP ku diambil dan tekanan darahku agak stabil, aku telah disuntik dengan epidural di tulang belakangku.. Ya Allah! Sakitnya! beberapa kali jarum dicucuk di belakangku... ku peluk erat bantal untuk menahan sakit... nama Allah tidak lepas2 dari mulutku.

Apabila aku sudak tidak merasa apa2 dari pinggang hingga ke bawah.. operation pun dijalankan... Aku dapat merasa segala gegaran di perutku.. cuma rasa belahan pisau sahaja yang tidak dirasakan... emmmm... Tepat jam 5.20 pm, NABILAH INSYIRAH dikeluarkan dari rahim ku.. Aku terdengar tangisannya yang halus... setelah dibersihkan, dia di bawa kepadaku.. aku ucapkan ALLAHUAKBAR dan ku kucup dahinya yang kecil sebelum dia segera di bawa ke bilik ICU... Kecil sungguh bayi ku itu... hanya sebesar tapak tangan suami ku sahaja!... Namun begitu alhamdulillah semuanya selamat...

Syukur ke hadrat mu Ya Allah atas kurniaanMu... ALLAHUAKBAR...




2 comments:

  1. tomei masa dia bb...baru tau tak cukup bulan..alhamdulillah selamat...kebetulan kan 3 ramadhan on friday besday dia..Alhamdulillah besar dah anak dara nii

    ReplyDelete
  2. Salam..:)

    akan terasa apa yg dirasa..:)
    mungkin kita dlm situasi seakan sama...:)
    cuma mungkin kes berbeza..
    ank akak ,prematured baby 7 bulan..berat 1.285kg...
    ...pe2..syukur kan:):)
    take care yaa:)

    ReplyDelete